Meraikan Pengantin Baru..

Hujung minggu lepas saya memenuhi majlis resepsi anak pemilik taska tempat Akiff belajar di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor..ini merupakan majlis perkahwinan anaknya yang ketiga yang juga merupakan anak perempuan pertamanya..saya sampai agak awal iaitu pukul 12 tengahari memandangkan Akiff dan kawan-kawannya akan membuat persembahan di majlis berkenaan...menu majlis amat istimewa..nasi putih, masak lemak pisang dan daging, ayam goreng berempah, sambal tumis udang, ikan masin dan bawang goreng, kerabu daun selom, kuih muih yang enak dan cendol yang secukup rasa...sempat berselisih dengan Datin Dr. Wan Azizah yang baru tiba semasa saya hendak pulang..pertama kali melihat beliau di hadapan saya..sangat low profile..
masih banyak tempat kosong..























Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..