Teambuilding @ Hutan Belum..Part 2

Sebaik selesai mengangkut beg dan peralatan ke dalam houseboat, sesi pembentukan kumpulan dijalankan...saya terpilih memasuki kumpulan 1..yang kami sepakat namakan sebagai S'KEI..mengambil sempena nama orang asal..SAKAI....kumpulan-kumpulan lain ialah SENOI, JAHAI dan MANDRIK. ..setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang bercampur daripada pelbagai jabatan..
bersiap sedia untuk makan tengahari atas houseboat..tukang masak kat sini memang terbaiklah..makanan semua sedap-sedap belaka..kalau duduk lagi lama, boleh naik berkilo-kilo rasanya...

Selesai makan dan solat, bermulalah sesi yang ditunggu-tunggu..water confident!!!!hahhaha...mau terkeluar air mata kalau tengok balik video sesi water confident nih..water confident yang tak confident!!! Saya memang fobia sikit dengan air nih...mana tak fobianya..tak pandai berenang..takut tenggelammmm....lagi la kalau disuruh terjun dari belakang..rasa cam tak timbul je kalau terjun..hahaha..(tunggu....saya akan update gambar sesi water confident nih nanti yaaaa..)




Seterusnya kami berakit menuju ke santuari Sg. Ruok..agak jauh juga dari tempat houseboat berhenti tadi...lenguh jugaklah mendayung rakit....tapiiii seronokkkk...rasanya nih first time naik rakit buluh camni..


inilah air terjun Sg. Ruok yang banyakkk ikan tu..tapi bila kami sampai tak nampak sangat ikan..agaknya ikan pun lari kot sebab bising sangat..heheh..sejukkkk sangat berendam kat sini...

Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..