Teambuilding @ Hutan Belum..Part 1

Kursus Teambuiding & Leadership yang dianjurkan oleh jabatan tempat saya bertugas ini merupakan peluang kali pertama saya terlibat dalam kursus sebegini..sebelum ini asik terlepas je..memang rasa teruja sangat nak pergi kursus nih..tapi dalam masa yang sama takuttt jugak..apalagi bila melihatkan program yang diberi..yang mana ada menyatakan mengenai sesi water confident...takuttttt sangatttt..apa-apa pun kena redha je lah kan....
logo t'shirt rasmi program.. 

Perjalanan akan dimulakan dari pejabat pada pukul 12 malam..jadi saya keluar dari rumah lebih kurang pukul 10 malam..saya memutuskan untuk memandu dan parking kereta di pejabat sebelum meneruskan perjalanan dengan bas pejabat bersama rakan sekerja..
Tepat pukul 12 malam, bas tiba dan bergerak terus ke destinasi..perhentian pertama di Tapah lebih kurang pukul 1 pagi..saya teruskan tidur...sehinggalah apabila tiba di kawasan Gua Tempurung saya nampak banyak cahaya dan ternampak polis...sempat menjenguk sekejap..rupanya ada kemalangan (keesokannya baru tahu rupanya kemalangan itu melibatkan ahli politik, Karpal Singh..beliau mati di tempat kejadian)..
Tiba di Pekan Grik lebih kurang pukul 5.15 pagi..berhenti mandi dan solat subuh...keadaan bilik air dan bilik mandi sangat bersih...agak ramai juga jemaah wanita di sini..dan kakak-kakak/makcik/makcik ini sangat ramah...
Kemudian singgah sarapan di kedai mamak..makan sebungkus nasi lemak dan teh tarik..agak besar juga Pekan Grik nih..dan boleh tahan juga pembangunan di sini..saya pernah ke sini semasa sekolah rendah rasanya..
Perjalanan dari Pekan Grik ke jeti mengambil masa lebih kurang 1 jam juga..sempat tengok kiri kanan jalan ..banyak kesan terbakar..mungkin semasa cuaca panas tempohari..
signboard tepi laluan masuk ke jeti.. .
pemandangan tasik banding..
Houseboat dah siap sedia menunggu sebaik kami tiba di jeti..rupanya jeti ini merupakan jeti sementara kerana jeti asal sedang dibaik pulih /upgrade..tak kisahlah...asal boleh naik ke houseboat kira ok la kan..
ingatkan houseboat yang putih tu...rupanya yang berbumbung hijau tu..kalau dapat yang putih tu cam best kan..
dalam houseboat...tempat tidur untuk 2 malam.... 
ada juga bilik yang disediakan katil... 
ada kipas..ada plug tambahan untuk caj hp..
laluan antara bilik di tingkat atas houseboat...

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..