Free & Easy Holiday @ A Famosa Resort

Fokus percutian ke Melaka kali ini ialah di A Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka. Saya mendapat voucher penginapan untuk 1 malam dan tiket masuk ke Theme Park, Safari Wonderland dan Cowboy Town untuk 5 orang. Jadi, kena tambah satu sahaja lagi tiket untuk seluruh keluarga. Kalau tak digunakan tentu sayang kan..jadi baik la pergi cepat-cepat sebelum expired..


Percutian kali ini agak lain dari yang lain kerana kali ini saya dan keluarga berpeluang tinggal di Villa Honeymoon Suites....penginapan yang paling mahal sekali..terkejut beruk jugaklah hubby bila tengok villa yang kitorang dapat nih...siap ada swimming pool dan jacuzi..kalau sendiri nak pergi sini rasanya taklah kot untuk orang cam saya nih sebab kadar untuk satu malam sahaja ialah RM2190.. kalau low season bolehlah dapat RM1262...itu pun masih mahal bagi saya..

nanti kita try villa/banglow pulak ya..
dulu pernah duduk di apartment ok jugak..
nama pun honeymoon suites, tengok katil pun dah memang romantis maaa...
jacuzi depan bilik..
kalau tak nak swimming pool atau jacuzi, boleh gak berendam kat bath tub nih..
bilik persalinan...buat satu kat rumah pun best jugak..
ruang makan..menghadap jacuzi..
bilik kedua..
ruang masuk / ruang tamu..
cow boy town...tak de orang pun..
kalau weekend mungkin ramai la kot..
seronok sangat dapat naik kereta kebal..
sempat jugak tengok elephant show..
dan jugak bird show... 
 lebih ramai pelancong Arab berbanding orang tempatan..
beli tiket untuk Akiff..
depan pintu masuk..
dolphin tak berenang..tapi berpusing!!!
dapat cuba main archery..
nak try jugakkkk...
gaya ada la...kena tak tentu....
semua Akiff nak try..
kalau ikut dia lagila...nak bawak sendiri go kart..

Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..