Rim baru pulak...

Takde angin, takde ribut, tiba-tiba saja kereta comel saya mendapat rim baru..tak pasal-pasal pun..tak ada plan pun..
Alkisahnya tayar belakang kereta pancit pada suatu pagi semasa saya hendak menghantar budak ke sekolah. Setelah ditukar tayar spare oleh mcgyver saya (mr.hb la tu), tayar yang pancit diletak dalam bonet kereta. Berhari-hari jugaklah tayar itu di situ sehinggalah tiba hari minggu. Cadangnya nak tampal tayar je pun, entah camna mr.hb buat keputusan nak tukar keempat-empat tayar pulak. Memang pun tayar tu dah patut diganti. Okaylah..tukarlah...
Tengah sedap menikmati teh tarik semasa menunggu, tiba-tiba sorang pekerja kedai tu datang berjumpa hb suruh pegi tengok kereta. Katanya rim dah bengkok pulak..kena tukar rim sekali....mmmm...ok la..kasi tukar semua...tak pasal-pasal melayang rm1500 tau..mmmm...rezeki ko la kancil...




Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..