kek pelangi simple dan sedappppp...
Lama betul rasanya tak buat kek, biskut dan yang sejenis dengannya..padahal masa bulan puasa tu saya dah awal-awal lagi beli bahan-bahan untuk buat kuih raya sejak pertengahan puasa. Tapi nampak gayanya ada bahan je la..kuihnya tak menjadi satu pun..hehe..bila ditanya, alasan saya..nantila..tunggu mood datang...jadinya sampai sekaranglah semua bahan tu masih elok lagi tak terusik...
Baru-baru ni semasa blog walking tetiba terserempak dengan blog nih..aziejaya.blogspot.com yang sangat menarik...banyak menu masakan terutamanya masakan Kelantan memandangkan k.azie berasal dari sana dan merupakan penggemar tegar masakan Kelantan..haruslah saya cuba satu hari nanti..
Untuk kali nih, saya cuba buat kek pelangi berdasarkan resepi asal k.azie yang telah saya ubahsuai sedikit..namun rasanya memang tersangatlah sedappppp...jom layan gambar dulu..
Bahan:
1 cawan majerin
1/2 cawan gula pasir
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan seri kaya
1 sudu teh esen vanilla
11/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
5 pewarna pilihan - merah, kuning, oren, hijau, biru
Cara-caranya:
Pukul majerin/mentega dengan gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
Masukkan esen vanilla, susu dan seri kaya. Pukul lagi.
Masukkan tepung yang telah dicampur dengan baking powder sedikit demi sedikit.
Gaul sebati.
Bahagikan kepada warna-warna pilihan.
Masukkan adunan ke dalam loyang selapis demi selapis.
Setelah selesai, hentak sedikit loyang dan lorekkan adunan.
Kukus selama 45 minit.

Sebelum dikukus... lain kali kena pastikan tiap lapisan tu kena sama banyak....barulah nampak cantik.. |
nampak tak perbezaan lapisan tu...untuk kali pertama nih kira okaylah kan.. |

Comments