Program Puspanita Selangor

Jumaat lepas, Jawatankuasa Agama PUSPANITA Selangor menganjurkan Majlis Solat Hajat Sempena Anak-anak Menduduki Peperiksaan di Surau SUK Selangor.  Memandangkan Aiman akan menduduki UPSR, maka nama saya terpilih. Saya terus ke sana selepas menghantar Aiman dan Syamil ke sekolah.  Dah ramai yang datang awal..ingatkan saya paling awal...

Majlis dimulakan dengan taklimat dan ucapan aluan daripada Timbalan Pengerusi Puspanita..seterusnya Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Tasbih  dan Solat Hajat . Dah lama tak solat sunat tasbih...rasanya last masa sekolah dulu..alhamdulillah ada peluang buat beramai-ramai di sini..ustazah pesan lepas nih rajin-rajinlah buat sunat tasbih..janganlah sampai sedekad sekali je buat..



Selepas selesai solat-solat sunat, terus bertadarus Al Quran, takzirah, majlis khatam Quran dan diakhiri dengan solat zohor berjemaah.

Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..