homemade telor masin

Telor masin antara makanan penambah selera yang saya suka..terutamanya pada bulan puasa..tetapi agak sukar mendapat yang menepati selera..ada yang terrrrmasin..ada pulak yang takkkkmasin...untuk bulan puasa kali ini, saya bercadang untuk mencuba buat telor masin sendiri..

Jadi kena cari telor masin dulu..di pasar sekyen 16 memang ada kedai yang jual telor nih..telur itik dijual sebijik rm0.50.  Saya beli 10 biji...cadangnya buat try buat telor masin  semua tu..

Dengan pertolongan cik goggle, terjumpa cara-cara nak buat telor masin nih..nampak cam senang..kita try dulu kayyy...

Mula-mula  pilih telor yang berwarna kehijauan..saya tengok ada 2 jenis telor nih...satu kehijauan..satu lagi cam pink sikit..tak pasti apa bezanya...mungkin sebab keluar dari itik yang berbeza la kot...

Lepas tu...basuh dulu telor bersih-bersih dan keringkan...

Kemudian, sediakan bahan paling penting..GARAM...didihkan air dengan garam (saya letak 5 genggam) dan sejukkan semalaman...

Barulah masukkan telur masin ke dalam bekas yang diisi dengan air garam sehingga penuh..dan ditutup..biar selama dua minggu..okay..nanti selepas dua minggu saya update..


Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..