tips nak buat dapur ..
Elemen paling penting dalam rumah dapur la..dapur mesti complete..daripada hob, hood, cabinet..sinki..semua kena bagi settle siap-siap sebelum masuk rumah. Memandangkan dah buat dapur, so ada la sedikit pengalaman untuk dikongsikan..
Dapur baru saya merupakan tambahan kepada ruang dapur sedia ada..tak besar pun.. berukuran 8 kaki 2 inci x 6 kaki 9 inci..di sinilah letaknya kabinet dapur berbentuk L, hod dan hood serta sinki. Masa buat dinding untuk dapur baru tu, saya minta kontraktor buatkan table top konkrit dan pasang tiles sekali. Masa tu saya fikirkan lebih mudah nanti bila nak buat kitchen kabinet sebab dah ada table top. Hob dan hood pula saya beli awal-awal semasa warehouse sale Fagor tempohari. Sinki pun pergi cari sendiri di Klang.
Setelah penat survey, akhirnya kabinet dapur kami putuskan untuk buat dengan satu company di Bukit Raja yang gunakan aluminium sebagai frame dengan glass door.
Sedikit tips untuk sesiapa yang tengah plan nak buat dapur:

lakaran awal dapur.. |
kalau dah jadi nanti camni la hasilnya..harap-harap samalah ye.. |
- Pastikan kontraktor yang anda pilih betul-betul faham apa yang anda mahukan..(jangan main okay okay, nanti anda juga yang tak puas hati)
- Sentiasa memantau kerja-kerja yang dilakukan kontaktor supaya anda boleh bagi komen/maklumbalas segera jika ada ketidakpuasan hati.
- Kalau anda bercadang nak guna chimney hood yang ada ducting tu, jangan tebuk dulu dinding. Biar kontraktor kitchen kabinet yang buatkan sebab dia yang tahu ukuran dan lokasi yang terbaik. (jangan jadi macam saya, kononnya nak bagi senangla tebuk siap-siap, dah tu bila kontraktor datang ukur, bagitau tak boleh guna sebab terlalu tepi sangat, jadinya kena buat lubang baru...kena tampal balik lubang yang lama tu...mmm nasib baik terlindung belakang kabinet)
- Kalau anda guna tiles untuk table tob, pastikan ukuran dan perletakan hob, hood dan sinki adalah sesuai. Maksudnya camni..kena pastikan dulu mana nak letak semua tu supaya bila nak buat pintu kabinet nanti, semua akan nampak cantik dan kemas. Tak lah pintu nanti tak sama saiz..ada kecik..ada besar..(lebih elok guna granite sahaja sebab tidak ada border lines..jadi nampak lebih kemas dan cantik).
Comments