Menghadiri Seminar Pemantapan ISO di Summit Hotel, Subang Jaya..Rasanya ini pertama kali menghadiri Seminar ISO yang tak boring..taklimat penceramah jemputan sangat menarik..kalau suruh pergi lagi pun saya okay je...
Elemen paling penting dalam rumah dapur la..dapur mesti complete..daripada hob, hood, cabinet..sinki..semua kena bagi settle siap-siap sebelum masuk rumah. Memandangkan dah buat dapur, so ada la sedikit pengalaman untuk dikongsikan.. Dapur baru saya merupakan tambahan kepada ruang dapur sedia ada..tak besar pun.. berukuran 8 kaki 2 inci x 6 kaki 9 inci..di sinilah letaknya kabinet dapur berbentuk L, hod dan hood serta sinki. Masa buat dinding untuk dapur baru tu, saya minta kontraktor buatkan table top konkrit dan pasang tiles sekali. Masa tu saya fikirkan lebih mudah nanti bila nak buat kitchen kabinet sebab dah ada table top. Hob dan hood pula saya beli awal-awal semasa warehouse sale Fagor tempohari. Sinki pun pergi cari sendiri di Klang. Setelah penat survey, akhirnya kabinet dapur kami putuskan untuk buat dengan satu company di Bukit Raja yang gunakan aluminium sebagai frame dengan glass door. lakaran awal dapur.. kalau dah jadi nanti camni la hasilnya..harap...
Akhirnya tercapai juga hasrat mencari Roti Babu di Slim River. Sebenarnya dah agak lama saya suha roti nih semenjak tersiar di dalam Majalah Islam, TV Alhijrah tahun lepas..Semasa bercuti di Ipoh tahun lepas, kami singgah juga ke Slim River mencari roti ini tetapi tidak ketemu. Jadi semasa dalam perjalanan balik dari Kedah tempohari kami masuk lagi ke Slim River. Berpandukan catatan-catatan di internet, saya dapati kilang roti babu itu terletak berdekatan Pasar Slim River. Namun untuk mengesahkannya, saya bertanya dengan seorang tukang sapu sampah di hadapan pasar. Katanya, cik lalu jalan depan nih..terus...belok kanan..lepas tu belok kiri..kedai yang hujung tu.. Saya pun apalagi terus berterima kasih dan masuk ke kereta memberitahu suami sebagaimana yang diberitahu. Kami mengikut arah jalan yang diberikan tetapi tidak berjumpa dengan yang sepatutnya. Lalu, saya mengambil keputusan untuk bertanya pada tuan kedai runcit di deretan kedai berkenaan. Beliau sangat baik hati..terus...
Balik kampung kali ni, saya mengajak hubby berjalan-jalan ke Ayer Hitam...dah lama tak ke sini....kali terakhir rasanya tahun 2012..semasa saya dan rakan sepejabat turun ke Johor Bahru atas sebab tugasan pejabat..sampai sahaja, terus mencari tempat makan..terserempak kedai nih sebaik melepasi Exit Tol Ayer Hitam..jommmm...hubby memang dah sebut berkali-kali nak makan asam pedas ikan baung..masin betul la mulut dia kali nih..terus jumpa.. waktu kami tiba, tak ramai orang..mungkin sebab masih awal.. tak sempat ambil gambar asam pedas ikan baung...dah masuk perut semuanya..hahah.. Harga ok sangat..untuk dewasa 6 orang termasuk Alya dan Aiman, kanak-kanak 3 orang..makan asam pedas ikan baung 3 ekor (dipotong) , asam pedas ikan pari sepinggan (3 potong besar), sayur kangkung, telur dadar, pelbagai air hanya lebih kurang RM 80..cam boleh pergi lagi nih...bukan jauh sangat pun..lebih kurang 1 jam setengah je kot dari Exit Tol Bukit Gambir..
Comments