Yeayyy...dah dapat kunci..



Akhirnya urusan pembelian rumah semenjak Jun 2012 selesai juga..alhamdulillah.....cukup sekadar yang dalam kemampuan kami..

Mulanya rumah ini bukanlah pilihan pertama saya walaupun kawasan sekitarannya termasuk dalam pilihan saya..namun memandangkan en.suami yang terus bersetuju pada kali pertama kami dapat melihat-lihat rumah berkenaan, maka saya teruskan juga..walaupun mungkin saya boleh dapat rumah yang lebih baik di kawasan Rawang, Puncak Alam, Nilai dan lain-lain...Itu tidak mengapa...Masing-masing ada alasan masing-masing..Namun bagi saya, kawasan yang saya pilih ini memang merupakan pilihan pertama saya semenjak saya mula menjejakkan kaki ke sini pada 1998...saya senang berada di sini..saya rasa aman di sini..dan saya rasa selesa di sini..jadinya mana mungkin tiba-tiba saya beralih arah..

Bila dah dapat kunci nih, barulah boleh tengok dan perhati luar dalam rumah betul-betul. Memandangkan rumah yang saya beli ini bukanlah rumah baharu yang siap dibina, maka banyaklah juga pengubahsuaian yang perlu dilakukan. Kalau banyak duit, nak saja buat keseluruhan rumah...hahahah..tapi sila bersabar ya...buat ikut kemampuan...yang paling penting saya rasa ialah bahagian dapur, bilik air, lantai, syiling..dan semestinya kenalah cat luar dalam..barulah semangat sikit...

Pertamanya saya kena senaraikan dulu kerja-kerja yang perlu dilakukan..lepas tu baru boleh cari tukang rumah yang mana saya berharap sangat-sangat dapat jumpa seseorang yang boleh diharapkan untuk membuat kerja-kerja berkenaan dengan sempurna...
Ya Allah..permudahkanlah segala-galanya...aminnn



Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..