Subhanallah..
Terasa amat gembira apabila mendapat perkhabaran rakan sejabatan telah mendapat cahayamata sulung selepas 10 tahun perkahwinan...kedua-duanya suami isteri sangat baik orangnya dan disenangi oleh semua orang...alhamdulillah...kehadiran si comel melengkapkan keluarga bahagia mereka..Subhanallah..betapa besarnya keagungan Allah.. Sesungguhnya benar kita sebagai hambaNya perlu sentiasa yakin sepenuh-penuhnya sebagaimana firmanNya:
Katakanlah: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu...
Ali Imran:26
Comments