Posts

Showing posts from March, 2013

Gulai munggai...

Gulai munggai masakan mak memang salah satu kegemaran saya sejak kecik..rasa complete sangat campuran buah munggai + udang + telur + kacang parpu (dal) ..sedapnyaaaaa...kalau mak masak ni, memang makan bertambah-tambahlah saya...untuk yang tak pernah makan, lebih kurang camnilah rupa buah nih..nak masak amik masa jugak nih..nak kena kikis-kikis sikit kulit luar tu..hari cuti boleh le masak nih..tapi sayang kari yang saya masak nih tak sama cam mak masak..mmm..kena balik cari mak jugakkkkk...

Never to McD..

Image
Hari ini, McD mempromosikan National Breakfast Day....my personal opinion, this is just one of their strategies to bring back customer to them..biasalah kan MELAYU MUDAH LUPA ..masa tengok sibuk bokot, BOIKOT. . lama-lama makin lupa la..dapat pulak free offer..jarang la orang nak tolak kalau barang free kannn..Alhamdulillah setakat ini saya dan keluarga masih meneruskan BOIKOT Mc D.. anak-anak pun dah semakin faham kenapa tindakan ini dilakukan..moga dapat istiqamah..kalau pun tak dapat buat semua, buatlah setakat yang kita mampu dan niatkan kerana Allah..Insyaallah..

Subhanallah..

Terasa amat gembira apabila mendapat perkhabaran rakan sejabatan telah mendapat cahayamata sulung selepas 10 tahun perkahwinan...kedua-duanya suami isteri sangat baik orangnya dan disenangi oleh semua orang...alhamdulillah...kehadiran si comel melengkapkan keluarga bahagia mereka..Subhanallah..betapa besarnya keagungan Allah..  Sesungguhnya benar kita sebagai hambaNya perlu sentiasa yakin sepenuh-penuhnya sebagaimana firmanNya:  Katakanlah: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu...  Ali Imran:26

Yeayyy...dah dapat kunci..

Image
Akhirnya urusan pembelian rumah semenjak Jun 2012 selesai juga..alhamdulillah.....cukup sekadar yang dalam kemampuan kami.. Mulanya rumah ini bukanlah pilihan pertama saya walaupun kawasan sekitarannya termasuk dalam pilihan saya..namun memandangkan en.suami yang terus bersetuju pada kali pertama kami dapat melihat-lihat rumah berkenaan, maka saya teruskan juga..walaupun mungkin saya boleh dapat rumah yang lebih baik di kawasan Rawang, Puncak Alam, Nilai dan lain-lain...Itu tidak mengapa...Masing-masing ada alasan masing-masing..Namun bagi saya, kawasan yang saya pilih ini memang merupakan pilihan pertama saya semenjak saya mula menjejakkan kaki ke sini pada 1998...saya senang berada di sini..saya rasa aman di sini..dan saya rasa selesa di sini..jadinya mana mungkin tiba-tiba saya beralih arah.. Bila dah dapat kunci nih, barulah boleh tengok dan perhati luar dalam rumah betul-betul. Memandangkan rumah yang saya beli ini bukanlah rumah baharu yang siap dibina, maka banyaklah ju...