Obsesi Mengkudu..

Sejak pertama kali masak sayur lemak mengkudu, saya telah menjadi obses kepada daun hijau itu..rasanya yang kelat-kelat pahit terasa amat sedap di tekak saya..suami dan anak-anak juga menggemarinya..lalu setiap kali ternampak pokok mengkudu di jalanan, terasa nak saja saya turun dan mengambil daunnya dijadikan sayur...hahahah..untuk sesiapa yang belum pernah mencuba, bolehla mencuba...ringkas namun sedap lagi berkhasiat..
Sayur Lemak Mengkudu

Bahan-bahan:
Seikat pucuk mengkudu (celur dan hiris)
2 ekor ikan kembong (rebus dan ambil isi sahaja)
Bawang besar (hiris)
Cili merah/cili padi (hiris)
Santan
Garam
Cara-cara:
Campur semua dan kacau selalu supaya tak pecah minyak. 
Angkat dan hidangkan panas-panas. 
Terbaekkk...

Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..