mc

Sejak balik dari kampung, rasa penat sangat..agaknya sebab tak cukup rehat. Tetapi memandangkan Isnin ada mesyuarat yang telah dirancang dari awal, datanglah juga ke ofis. Sayangnya mesyuarat tangguh pula sebab ketidakhadiran ahli-ahli penting.  Rasa agak kecewa juga tapi apa nak dikatakan..bukannya ada kuasa saya untuk berkata apa-apa..

Esoknya selepas menghantar budak ke sekolah, terus ke klinik berhampiran rumah.  Ramai juga yang sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor...saya hanya dapat berjumpa doktor pada pukul 10.30 pagi. Selesai pemeriksaan, ubatan dan MC diberikan untuk satu hari supaya dapat berehat. Terima kasih doktor!!

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..