my best fren forever..

Saya  mengenali Ja semenjak hari pertama saya mendaftarkan diri di UTM..kami ditempatkan dalam bilik yang sama di Kg. Belian...sejak itu, kami sering bersama ke mana sahaja... samada ke kelas, perpustakaan, jalan-jalan, shopping macam-macam lagi.. kami sentiasa bersama hatta bila nak pulang ke kampung jua..kami akan menaiki bas yang sama..Ja akan turun di hentian Butterworth, manakala saya di Sg. Petani..begitu juga apabila tiba masa hendak pulang semula ke Skudai..pasti kami akan balik bersama..biasanya saya akan menaiki bas bersama Ja di hentian Butterworth...pernah kami balik hanya berdua di dalam bas bersama seorang driver daripada Skudai sampailah Butterworth!!!

Baru-baru ini saya mendapat perkhabaran yang bondanya tercinta telah kembali ke rahmatullah akibat kanser serviks.. kasihan Ja..sebagai anak sulung dan yang paling rabat dengan ibunya, tentu Ja paling sedih..saya berkesempatan menziarahi Ja semasa cuti raya baru-baru ini di rumahnya di Balik Pulau. Sayu mendengar cerita di saat-saat akhir hayat ibunya..doa saya moga-moga Ja sentiasa sabar dan redha dengan ujian yang diterima..
Ja and me..forever fren..

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..