lembaran baru..
Minggu pertama bertugas di tempat baru..segala-galanya baru bagi saya..hari pertama saya sampai sebelum pukul 8. Perjalanan daripada Shah Alam tidak sampai setengah jam..Hari pertama dihabiskan dengan sesi perkenalan dan meneliti kerja-kerja yang ditinggalkan pegawai terdahulu..Balik ke rumah terasa sungguh jauh dan penat..jadinya pukul 9 terus zzzzzzz..
Hari kedua, kerja sebenar bermula..dimulai dengan surat maklumbalas daripada jabatan teknikal yang perlu diberi perhatian...seterusnya permohonan-permohonan masuk yang perlu disemak sebelum diedarkan..fuhhh..agak mencabar bagi seorang yang baru dalam tugasan ini..namun masih beruntung kerana mempunyai anak buah yang tidak lokek membantu...
Hari ketiga, pagi agak relaks..tapi menjelang petang..zappppp...sedebuk fail kat atas meja minta disemak...jadinya pukul 6 lebih baru melangkah keluar dari ofis...sampai di rumah dah okay sikit...tak penat seperti hari pertama..agaknya badan telah mula membiasakan diri...
Hari keempat, sampai di ofis, terus berjumpa tuan ydp..baik orangnya..harap-harap dapat bekerjasama dengan baik dan lancar sepanjang bertugas di sini..9.30 menyertai mesyuarat sehingga pukul 12...tengahari tinggal saya sahaja di ofis kerana staff lain semua balik ke rumah...petangnya bermesyuarat lagi sehingga hampir pukul 5...tak pe..esoknya cuti..seronoknyaaaaaaaa

Comments