alfatihah buat tok lang
Baru menerima khabar dari mak memberitahu tok lang baru meninggal dunia pagi tadi..innalillah..moga di tempatkan bersama mereka-mereka yang soleh..Al fatihah...
Tok lang merupakan datuk saudara saya iaitu adik kepada Wan dan satu-satunya adik Wan yang masih ada sehinggalah pagi tadi..Wan merupakan anak sulung daripada lima beradik, Wan (Hj. Abdullah), Tok Ngah (Hj.Abd. Kadir), Tok Ndak (Hj. Abd. Rashid), Tok Lang (Hj. Abd. Hamid) dan Tok Chik (Hj. Khalid). Saya agak rapat dan mesra dengan dengan kesemua datuk saudara saya ini kerana sering dibawa berziarah ke rumah mereka sejak saya masih kecil..terutamanya Tok Ndak, sangat suka menunjukkan kasih sayangnya dengan peluk cium semasa saya kecil (dan pada masa itu saya paling tak suka diperlakukan begitu!)
Agak lama juga tok lang sakit..dan alhamdulillah saya berkesempatan juga menziarahinya sesekali balik ke kampung..sebelum sakit, tok lang sangat suka jika kami pergi menziarahinya...macam-macam dimasaknya jika dia tahu kami akan datang ke rumahnya..anak-anak juga suka ke rumahnya..mereka seronok mengejar ayam kampung yang tok lang bela, melihat burung-burung dan sawah padi menghijau..Insyaallah, walaupun tok lang telah tiada, kami akan tetap berkunjung ke sana..

Comments