14 tahun

Semalam, genap 14 tahun saya menjejak kaki ke alam pekerjaan...

Saya masih ingat hari pertama melapor diri bekerja pada 8 Mac 1998 di pejabat perunding perancang bandar di Seksyen 8, Shah Alam. Tugasan pertama saya ialah untuk menghadiri mesyuarat pada keesokannya di Kulim, Kedah.  Pertama kali juga saya dapat merasa naik kapal terbang! Thanks Bos:)

Saya juga masih ingat gaji pertama yang saya terima saya gunakan untuk membeli  jubah labuh berwarna maroon untuk mak di Kompleks PKNS..

Sebetulnya, saya suka bekerja di sana ...(walau kadang saya rasa penat kerana terlalu banyak kerja dan stay back hingga lewat malam dan ada kalanya ke pagi hari..juga bekerja di hari minggu..)   Namun, saya suka suasana bekerja dan juga orang-orang di sana.  Mungkin jika tidak kerana ketiadaan projek pada waktu itu,  saya masih berada di sana sehingga sekarang....

Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..