get well soon aimi!
Tengahari tadi aku bersama teman seofis menziarahi seorang teman, Aimi yang baru menjalani pembedahan akibat apendiks di PPUM. Menurut ensikelopedia bebas, Wikipedia....Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).
Dalam anatomi manusia, apendiks atau dalam bahasa Inggeris, vermiform appendix (atau hanya appendix) adalah hujung buntu tiub yang bercantum dengan kaekum ( caecum ).
Apendiks terbentuk ketika embrio dari kaekum. Dalam orang dewasa, apendiks berukuran purata 10 cm panjang tetapi berbeza antara from 2-20 cm. Sungguhpun lokasi asas apendiks agak tetap, lokasi penghujung apendiks boleh berbeza dari ( retrocaecal ) ataupun di pinggang ( pelvis ) sehinggalah terletak di ( peritoneum ).
Sungguhpun kebanyakan orang percaya apendiks tidak berguna dan organ sisi, sesetengah yang lain percaya bahawa apendiks mempunyai fungsi dalam sistem lymphatik ( lymphatic system ).
Operasi pembedahan membuang apendiks dikenali sebagai appendektomi.
Aimi, ditemani umi tersayang, sebagaimana yang aku kenali seorang yang periang, peramah dan sangat mengambil berat hal kawan-kawan. Doaku moga aimi cepat sembuh dan dapat berada di ofis semula!

Comments