Kebelakangan ini, saya agak kerap menziarahi jenazah. Seorang demi seorang pergi tak kembali..meninggalkan keluarga tersayang..benarlah..setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Namun, m enziarahi jenazah bukanlah sesuatu yang kita lakukan sehari-hari. Oleh itu, adalah normal jika kadang-kadang saya masih keliru apa yang perlu/tidak perlu dilakukan. Sebenarnya, dalam ajaran Islam, terdapat adab-adab untuk setiap apa yang kita kerjakan, termasuklah adab-adab menziarahi jenazah. Adab Menziarahi Jenazah (daripada pembacaan, pengamatan dan pengalaman): Apabila kita menerima berita tentang kematian seseorang Muslim, sama ada yang kita kenali mahupun tidak kita kenali, adalah sunat kita menyebut, “innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156) Mengelakkan bergurau senda dengan rakan-rakan/tetamu yang hadir semasa ...