hujan di pagi isnin
Time aku sedar pagi tadi, dah hujan. Tapi bila dah siap solat, hujan dah berenti. so aku pun happy la coz today kena drive sendiri (mr. hb outstation). Selesai hantar budak ke sekolah dan nursery, aku meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Tapi aku lupa nak isi petrol dulu larrrr..patut aku isi di seksyen 6 tuhh..Di pertengahan jalan, lampu minyak dah bagi warning...aku punya le worry.. dah la hujan lebat sepanjang jalan dari tol Batu 3 lagi..aduss...berdoa dan berdoa...sempat ke idak nih..akhirnya alhamdulillah sampai juga di opis tepat pukul 8.45 pg! Sampai opis, lengang jer coz ramai ke PICC..mmmm..rasa cam nak balik tdo jerrrr