Posts

Showing posts from November, 2015

jambatan sg johor...

Image
masa on the way nak ke desaru tu hujan lebatttt sangat sepanjang jalan..tak sempat la nak snap gambar jambatan yang super besar nih..masa nak balik cuaca baik..dapat la snap gambar banyak-banyak..inilah pertama kali saya merasa lalu jambatan nih...sangat panjang dan besarrrrr sangattt..dari jauh dan nampak muncung yang tajam tuh...sayangnya tak ada ruang untuk berhenti menikmati pemandangan dari atas jambatan tu..kalau ada mesti lagi best.. simple betul design plaza tol nih..boleh tahan mahal gak la tol .. ada banyak gak kolam ikan ke udang di kiri kanan laluan.. laluan lurus sepanjang jalan...

shah alam banjir..

Image
Hujan lebat pada petang isnin lebih kurang dua jam telah menyebabkan banyak kawasan dinaiki air..antaranya termasuklah shah alam...antara kawasan yang terjejas teruk ialah di batu 3, berhampiran giant  seksyen 13 dan di hadapan aeon baru yang sedang dalam peringkat akhir pembinaan...air sg. damansara melimpah ruah...perjalanan balik ke rumah saya yang biasanya 45 minit telah bertambah menjadi hampir dua jam gara-gara banjir kilat ini..berpusing-pusing juga mencari jalan yang boleh dilalui untuk sampai ke rumah... ktm batu 3..mmmm....melaut... dah jadi cam sungai depan aeon baru nih..memang nampak sangatlah yang sistem perparitan telah tidak disediakan seperti yang sepatutnya...failed... nih pulak parking terbuka tepi giant..kesiannya kat pemilik-pemilik kereta nih..

jalan-jalan lotus desaru..

Image
Cam dah lama tak jalan-jalan malaysia..jadinya bila dipelawa..apalagi..dengan segera la setuju..huhu..lagipun dah lama sangat tak p desaru..first and last rime masa first year kot..camping kat desaru..dah tak berapa ingat dah camna rupa desaru tuh..so nih kira lebih kurang throwback la kan... dapat penginapan satu bilik..bilik kat atas..bawah ada ruang tamu dan pantry.. boss busy dengan keje..sampai je bukak laptop terus..kitorang busy main-main..hahaha akiff nak sangat main bumper car nih..mula dia jugak yang cakap cam budak budak...mmmm..cam dah besar sangat yeee.. suasana malam bersebelahan tempat permainan indoor games.. sebahagian bilik penginapan.. tempat mainan budak-budak..akiff kata.. laluan lazy river.. yang jadi tumpuan kat sinilah..seronol sungguh samapi tak nak keluar dari kolam nih... pantai desaru dari pandangan hotel penginapan.... nak balik dah..jumpa lagi yaaaa... ke sebelah kiri nih ke pantai desaru yang pernah saya camp...

hujan lebat di Pullman Putrajaya...

Image
First time dapat pegi  meting kat Putrajaya Pullman..nih pun sebab bos tak ada..kalau bos ada..jangan harap le boleh pegi..hehehhe..best tempat nih..sangat cantik dan kelassssss...makanan pun banyak pilihan sampai tak tau nak pilih.. bawah menara jam nih ada surau...sangat selesa...

tetamu taman...

Image
Tiba-tiba ternampak rama-rama yang cantik nih pada pokok bunga ros saya tempohari...cantiknyaaaaaaa diaaaa..