Posts

Showing posts from December, 2011

bye 2011

Image
Hari ini bersempena dengan hari-hari terakhir 2011 dan besday saya esok, saya meraikan teman-teman sepejabat dengan rainbow cake..ditempah khas daripada sis puteri (sapa-sapa nak oder, bleh tengok kat sini )..cantikkan rainbow cake nih..rasa pun sedap... mengancam betul color die..i like.. sweetttttttt... mmmmmm....

back to school (part 1)

Saya baru sempat shopping barang-barang persekolahan untuk angah dan syamil.  Angah akan naik darjah 5, manakala syamil pula darjah 4. Bagi memudahkan kerja shopping, saya dan suami mengambil keputusan ke satu tempat sahaja iaitu Pasaraya Hari Hari di Seksyen 18.  Perbelanjaan setakat ini RM 550 merangkumi 2 pasang uniform sekolah kebangsaan/pax, 2 pasang uniform sekolah agama/pax, kasut, stokin, beg..mmm tu je ke..belum masuk buku-buku, bayaran lain2 hal etc Alya pula akan naik form 1 dan masuk ke asrama tahun 2012 ini..setakat ini perbelanjaan telah mencecah RM 400 juga belum termasuk buku dan bayaran-bayaran lain..

muahhhssss

Image
Ini anak saya yang paling kecik,, aiman akiff...(aiman: yang bertuah, akiff:menumpukan dirinya pada sesuatu/beriktikaf)...umur 3 tahun 5 bulan...sangat petah dan sangatlah kelakar..kalau senyum tersimpul-simpul...paling suka kacau abang syamil...kamceng sangat dengan angah..dan tak berapa nak geng dengan  kakak..favourite song: pokok (hazama)

new library for shah alam

Image
hijau yang menyegarkan mata boleh nampak masjid shah alam dari sini alquran untuk kanak-kanak dengan ilustrasi yang menarik asyiknya aiman..bagus syamil cam biasa..tak bleh dok diam mmm,,tengok apa tu cantikkan.. mmm...nak buat apa lagi ni,, ada gym kat epi nih..rasa cam nak ajdi ahli la budak kecik nih lagi action jap nice.. Baru-baru ini saya dan keluarga sempat berkunjung ke perpustakaan baru shah alam di seksyen 13 (dalam kawasan KGSASS). Suasana amat menarik..baru sempat masuk ke area kanak-kanak.sahaja..Saya suka dengan cara pihak pengurusan menyediakan beg-beg terpakai berhampiran pintu masuk bagi memudahkan  pengunjung menyimpan kasut.  Cara ini akan dapat memastikan karpet sentiasa bersih dan kasut-kasut tidak hilang dan tidak berselerak di muka pintu!

pesanan imam ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...  1 -   "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 ) 2 -  " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab negara  China , bulan, matahari dan binta...

awana genting 22-24 nov 2011

Image
view in the morning nice backdrop..i luv the green.. masih berkabus walau di tengahari.. view from my room again.. very comfortable room.. green green grass..    Inilah pertama kali saya menginap di Awana Golf and Resort Genting Highlands dek memenuhi tuntutan tugas..suasana amat nyaman dan menyenangkan pandangan mata. (walaupun malam pertama di sini bertemankan bunyi gemersik angin yang kuat dan menyeramkan..mmm kalau stay sorang-sorang boleh jadi saya lari ke bilik sebelah..hehehheh).

congrats dear..

Image
Alhamdulillah..alya got mumtaz for her penilaian sekolah rendah agama..gud job dear!

welcome to the new world... aiman dan syamil

Image
 Seminggu selepas cuti, saya dan suami mengambil keputusan untuk menyunatkan (mm..betul ke word nih)  aiman dan syamil di kampung.  Ye le bila lagi nak buat..asik dok nak buat tapi dok tangguh2 jer..so kali nih, keputusan tetap, kena sunat tahun nih jugak.  Kebetulan ada program bersunat beramai-ramai..ok la tuh..Bayaran hanya RM 60 seorang. Kaedah yang digunakan adalah akedah tradisional menggunakan tok mudim. Apa pun, semua selamat akhirnya..alhamdulillah.. tenang menunggu giliran (dalam hati sapa la tahu...) selamat sudah.. mm..bukan selalu nak dapat abah buat camni kan.. no 1 tuhhh...power la angah.. nih plak no 2..not bad kan... dapat cenderahati lagik.. masa mula-mula sampai.. kena mandi dengan bomba..ada pelangi tuuu..cantekkk basah kuyup good boy..