Posts

Showing posts from September, 2011

my kek oren homemade

Image
My first trial kek oren homemade...sedap, lembut..boleh buat lagik.. Bahan-bahan   250gm tepung gandum 175gm gula halus 175gm butter   2 sudu besar fresh milk 1 sudu teh baking powder 1-2 sudu teh parutan kulit oren 3 biji telur 1 biji oren (perah ambil jus)   1/2 sudu teh garam Cara-cara -  Ayak tepung gandum, baking powder dan garam. -    Pukul butter dan gula hingga kembang. -    Masukkan telur satu-satu. -  Masukkan tepung, parutan kulit oren, fresh milk dan jus oren. Pukul sebati. -    Bakar hingga masak..(45min-1 jam)  mmmm...rasa sesedap rupa..ummpphhh

Sakit Tumit Pagi-pagi..

Kebelakangan ini aku kerap mengalami sakit tumit terutamanya pada waktu pagi sebaik bangun daripada tidur..bila terpijak saja lantai..aduss...sakit tak boleh nak citer..untuk emndapatkan kepastian, aku cuba search sebab musababnya..dan inilah yang aku temui...Rupanya.. Plantar fasciitis ialah penyebab sakit pada tumit kaki yang paling kerap terjadi di kalangan orang dewasa. Kita selalu terkeliru di antara plantar fasciitis dan ‘heel spurs’.Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat. Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka. Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendino...

sekeluarga pagi syawal 1432H

Image
alhamdulillah..complete sekeluarga pada pagi syawal yang indah.....