kenduri @ felda purun, pahang.

hujung minggu kenduri lagi..kali nih ke felda purun, triang, pahang..meraikan anak buah suami..kali nih perjalanan seawal pukul 8 pagi..sepanjang jalan dari simpang triang ditemani kelapa sawit kiri dan kanan..sampai di rumah kenduri lebih kurang pukul 11..meriah dengan tetamu..tapi senang betul kenduri kat sini..dalam pukul 2 petang dah tak ramai tetamu pun..senang bangat camni...kalau rumah mak abah sampai ke maghrib ada lagi yang datang..selepas berehat sebentar di rumah seorang lagi kakak ipar, kami bertolak balik lebih kurang pukul 4 petang..sempat singgah beli 4 bungkus ikan patin tempoyak pak usop di pekan temerloh..dan sempat juga singgah beli akok panas di tepi jalan sebelum masuk ke highway..sedap sangat akok nih..cukup rasa..dan tak manis sangat..setakat nih tak pernah fail beli kalau lalu sini..
pandangan sepanjang jalan ke felda purun...
yeahhh...dah sampai..
nih masa dalam perjalanan balik..banyak kereta masa nak masuk tol tu..lepas tu ok dah..clear..

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..