Jalan - jalan Kota Kinabalu..Day 1..Shah Alam - KLIA2

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah tiba..masa untuk jalan-jalan makan angin ke KK..yeahhh...kami bertolak dari Shah Alam lebih kurang pukul 10.30 pagi..husband cadangkan bawa kereta dan kemudian parking di Putrajaya Park n Ride...nasib baik keluar awal sebab masa dalam perjalanan tu ada kemalangan di Lebuhraya ELITE..dah amik masa tu..bila dah sampai di parking pula berpusing-pusing juga mencari parking yang kosong..mungkin faktor cuti yang agak panjang menyebabkan parking kelihatan penuh di mana-mana...setelah puas berpusing-pusing barulah dapat..lepas tu barulah pergi cari kaunter tiket..
untuk yang tak pernah atau jarangggg sangat naik KLIA Transit cam saya nih, inilah kadar harga tiket dari Putrajaya ke mana-mana destinasi terutamanya KLIA dan KLIA2...oppss..tiket kami 6 beranak hanyalah RM30.80..(4 dewasa, 2 kanak-kanak)
macam-macam kedai ada kat sini..kalau ada yang terlupa nak bawak selipar pergi pantai tu..beli je lah kat sini..
kedai makan pun banyak..harga pastinya lebih murah dari di airport..percayalah..
dah sampai KLIA2, berpusing-pusing jugak kami cari kaunter check in...first time at KLIA2 nih..




kat sini rupanya..camna boleh tak nampak tadi yekk..
hiasan sempena menyambut Tahun Baru Cina..
oooo..sebab sampai je tadi kitorang terus nampak kaunter V...
first timer..
dah siap check in, awal lagi..makan dululah..boleh tahan mahal harga makanan di Quizin nih..
banyak pilihan tempat makan di sini..dijamin takkan kelaparan punyalah..cumanya kena sediakan duit banyak-banyakla..


Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..