Wukuf di Padang Arafah...
Hari ini hari wukuf ...wukuf di Padang Arafah merupakan salah satu rukun di dalam mengerjakan ibadat haji..wukuf merupakan kemunucak penyempurnaan ibadah haji...mengikut bahasa wukuf= berhenti/berdiri...maksudnya wukuf adalah berada/hadir di Padang Arafah pada masa antara zohor 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar 10 Zulhijjah...jemaah haji tidak perlu berada di situ sepanjang masa tersebut...cukup walau sekejap sahaja dengan syarat jemaah haji berada dalam keadaan sedar dan sempurna akal..semasa di Padang Arafah, jemaah haji akan mengisi waktu dengan berzikir, membaca quran dan melakukan solat sunat..wukuf boleh di mana-mana sahaja asalkan masih di Padang Arafah..jika seseorang tidak berwukuf, maka adalah tidah sah hajinya..dan perlulah diqada..
| pic from google.. |
Comments