Air Oh Air...

Kalau diikutkan jadual catuan air yang dikeluarkan oleh SYABAS, hari ini bermulalah episod baru catuan air di kawasan rumah saya..kawasann rumah saya terrrmasuk di dalam Kawasan Catuan Peringkat Keempat  iaitu Kawasan Baru Zon 3 dan Zon 4....Jadual 11  menjelaskan secara terperinci kawasan-kawasan yang terlibat yang mana merangkumi Klang/Shah Alam/Kuala Langat/USJ..
keadaan empangan sekarang...sedihnya....kata MB Selangor catuan akan diteruskan sehingga air empangan melepasi paras 55%..harap-harap hujanlah setiap hari di kawasan empangan dan penuh macam biasa..
Malam tadi, saya dah isi air dalam apa juga bekas yang ada di rumah..sebagai langkah berjaga-jaga..walaupun ada tangki, tapi tak berapa pasti selama mana boleh bertahan..sebabnya air tak pernah sekalipun kena catu sebelum nih..kiranya nih pengalaman barulah..harapnya semua dalam keadaan terkawal..Insyaallah..

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..