Masak Lemak Pucuk Ubi...

Kalau hari minggu saya suka masak style kampung..ala style kampung cam masak lemak telur itik...masak lemak pucuk ubi ..sayur mengkudu..sayur keladi..sayur geti..sayur asin-asin (pucuk manis)..kiranya jadi vegetarian lah hari sabtu / ahad..heheh..bukan apa..kalau hari lain sayur dah tak berapa fresh sebab pergi pasar hari sabtu atau ahad sahaja..
masak lemak cili api cara saya: blender bawang besar seulas + cili api 10 biji + ikan bilis segenggam..masuk dlm periuk..masuk santan cair, sebatang serai diketuk, daun kunyit dikoyak..garam..biar mendidih..masuk santan pekat..biar sekejap..tutup api
nih daun tenggek burung..buat cicah sambal belacan..

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..