Posts

Resepi Salmon Buttermilk..simple tapi sedappp

Image
Biasanya ayam je yg sokmo dok buttermilk nih..kali nih tukarlah buat salmon plak..kalau kena dengan tekak semua, bolehla repeat nanti. senang banget buat nih..jom try 1. Potong salmon kecik-kecik dan ratakan salmon dengan garam dan lada hitam. 2. Grill sekejap sampai dah nampak tukar warna, angkat. 3. Dalam kuali yang sama, masukkan bawang putih, daun kari dan cili padi (jika suka). 4. Masukkan 1 cawan susu cair/fresh milk. 5. Masukkan cheese (jka suka). 6. Masukkan salmon. Kacau-kacau. Siap mmmmm..sedapppp pak choy nih celur camni pun dah sedapp..

Istighfar Rejab

Image
 

Jalan-jalan Bandar Maharani aka Muar

Image
Mengambil peluang cuti tahun baru cina,  saya dan keluarga berkesempatan ke Bandar Muar (disebut Muo) sebelum balik ke kampung menziarahi saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa.  Kali  terakhir kami balik ialah pada Oktober 2020, menghadiri majlis perkahwinan anak saudara. Bila di Muo, tujuan utama pastilah makan-makan terutamanya mee bandung, soto dan juga sate. Memandangkan cuti umum, kebanyakan restoran penuh dengan pengunjung..mungkin juga orang luar yang bercuti. Malas bersesak-sesak dan menunggu lama, akhirnya kami masuk je lah kedai yang nampak tidak berapa ramai. Namun sayang seribu kali sayang, makanan yang dipilih semuanya tidak menepati selera kami. Mungkin untuk tekak kami lah. Mungkin orang lain okay..biasalah tekak lain-lain kan.. biarlah gambar  yang berbicara..bukan untuk mengeji atau menghina ya..Mungkin tuan punya kedai boleh perbaiki kualiti rasa supaya lebih umphhh.  Harga makanan pun boleh tahan juga.. Kesian orang luar yang datang jauh-jauh untuk makan di Muo

Happy Chinese New Year 2022

Image
 wishing a properous year ahead...

Gulai Telur Ikan Tersedapp

Image
Sekiranya anda tinggal di Shah Alam atau anda memang penggemar gulai telur ikan sejati, inilah tempatnya yang mesti anda kunjungi.  Saya jamin anda tidak akan kecewa kerana saya sendiri tidak pernah kecewa dengan kualiti gulai telur ikan di sini. memang sedap dan rasanya memang konsisten ..perghh kedai di hujung sekali, sebelahnya Shell, TTDI Jaya tiap kali datang, mesti order roti kosong dan teh tarik.. saya...mestilah tose garing..kadang-kadang dengan teh tarik..kadang-kadang air panas/suam.

Selamat Datang 2022

Image
Moga tahun 2022 ini membawa yang baik-baik semua hendaknya..kesihatan yang lebih baik..rezeki yang  melimpah ruah..lebih banyak kejayaan, kegembiraan, kebahagiaan, kesejahteraan, rahmat dan barokah untuk semua di muka bumi ini..aminnn p/s..moga lebih rajin menulis jugak:)